Tuesday, February 28, 2012


Saat hati ini berkata,
kaulah yang akan menjadi terakhir dihati ini, 
aku tahu,
 engkaulah segalanya bagiku. .
kehidupanku akan terasa hampa,
 tanpa kehadiranmu
aku sedar
aku terlalu menyayangimu
aku belum mampu tanpamu
kau sebagian dari hidupku 
ketika bersamamu 
aku menemukan erti memiliki 
aku menemukan sebuah kebahagian 
aku menemukan apa yang tak aku temukan diperjalan cintaku. .
sayang. .
kau harus tahu 
cinta ini akan selalu milikmu
selamanya aku selalu milikmu
jangan pernah belajar untuk 
meninggalkan aku
kerna aku . .

SANGAT MENCINTAI DIRIMU SEPENUH HATIKU ^_^ 





* tercinta dpt je msj ney dye terus kol. .hehe
*apa dye ckp ?  BIARLAH RAHSIA :D 
(ade yg nk muntah ? silakan HAHA *KISA PULAK AKU KAN !)
IMISSUSOMUCHSYG :*

LotSofLoVe Cik Mie ^_^V 

cikmiesygmeme

Monday, February 27, 2012

cinta tanpa sebab :)

 


Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..
Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

LotSoFlove Cik Mie ^_^V


 

cikmiesygmeme

Friday, February 24, 2012

sayu -____-


sayu bile tgok gmbr lame2 . . 

lg2 gmbr mase zaman sekolah . . 

SUMPAH aku rindu kwn2 sekolah . . :(

rase nk nanges kuat2 bole . . sakit sgt tahan . . 

aku rindu korang . . Nadiatul A'in, Norfarahana, NoorIrfarwani & Nurul Husna . . 

kite sgt rapat dulu kan . . -__________-

sorry tol2 sedih tcre syg2 semua missuall  . .

syg korg :) 

kite akan jumpe lg kan ? Berdikir barat lg kan ? bergedik2 lg ?

kata-kata kt org ? kan2 ???

sambut befday sekali serentak same2 . . segar dlm ingatan babe ! 

*ok air mata nk kuar . .bye -_________-


LotSoFloVe Cik Mie ^_^ V

cikmiesygmeme

Thursday, February 23, 2012

terima kasih Ya allah






"semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti 
dan 
biasanya ia berada tidak jauh daripada kite. .
jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh". .

*psstt sy pon dpt org yg dekat ngn sy :) dekat ngn umah lg :D
alhamdulilah mudah2han jodoh kami kekal selamanya . .amin. .:)


"cinta bukan tentang berapa lama kite mengenali seseorang tetapi tentang seseorang yang membuatmu tersenyum sejak kamu mengenali nya " 

sweet gile . .

imissusyg my gemok masam ! Azmir Zin *____* 



LotSofLove Cik Mie ^_^V



cikmiesygmeme

Wednesday, February 22, 2012

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :)




Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
LotSofLove Cik Mie ^_^V

cikmiesygmeme

Thursday, February 16, 2012

APABILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK NYA

\



Wanita : siapa yg paling kamu cintai didunia ini?

Lelaki : KAMU!!!!

Wanita : menurut kamu sy nie siape ?

Lelaki : ( Berfikir sejenak, lalu menatap Wanita dengan pasti)

kamu tulang rusukku. .

kerana Allah melihat bahawa adam kesepian. saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakkan Hawa.  semua Lelaki mencari tulang rusuknya yg hilang
dan saat menemukan wanita untuknya, tiada lagi merasakan sakit di hatinya.  

setelah berkahwin pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis unutk sementara. 
setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yg ada.  Hidup mereka menjadi membosankan.  

Kenyataan hidup yg kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain.  Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu 
hari pada akhir pertengkaran Wanita lari keluar rumah. Saat tiba disebrang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sy lg!!!"  

Lelaki sangat membencikan ketidakdewasaan Wanita  dan secara spontan juga berteriak 
"Saya menyesali perkahwinan ini!!"Kamu ternyata bukan tulang rusukku!" 

tiba-tiba Wanita terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

Lelaki menyesali akan apa yg dilafazkan, tetapi seperti  air yg telah tertumpah tidak mungkin 
untuk diceduk lg. .Dengan berlinang airmata, Wanita kembali kerumah dan mengambil barang-barangnya,
bertekad untuk berpisah. . 
"Kalau sy bukan tulang rusukmu, biarkan sy pergi, 
biarkan kite berpisah mencari  pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. Lelaki masih belum berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan Wanita.  Wanita pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. 
Dia pernah berkahwin dengan orang asing dan bercerai.  
Lelaki agak kecewa bila mengetahui Wanita tidak menunggu, sepertinya. 

Dan ditengah malam yg sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi
Lelaki tidak sanggup mengakui bahawa dia mrindukan Wanita. 
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport dimana terjadi banyak pertemuan dan perpisahan. .
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas. .

Lelaki : Apa khabar ? 

Wanita : Baik. .  kamu sudah menemui tulang rusukmu yg hilang?

Lelaki : Belum.

Wanita : saya akan terbang ke Newyork dgn penerbangan berikut.  
sy akan kembali 2 minggu lg.  
telefon sy kalau kamu berkesempatan.  
kamu tahu no telepon sy kan? tiada yg berubah. 

Wanita tersenyum manis, berlalu dihujung lafaz "selamat tinggal"

Satu minggu kemudian, Lelaki menerima khabar Wanita adalah salah satu korban 
Menara WTC.  Malam itu, sekali lagi Lelaki meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya.  akhirnya dia sedar bahwa sakit itu kerana Wanita, tulang rusuknya sendiri yg telah dgn bodohnya dia patahkan. .

kite menempiaskan kemarahan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai 
dan akibatnya adalah penyesalan.
seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya,
akibatnya kite menyedari kesalahan kita, 
semua sudah terlambat. .

kerana itu jagalah orang yang dicintai dgn sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu
berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yg kau ucapkan 
akan manyakiti org yg dicintai??
kira merasakan akan menyakiti nya, sebaiknya jgn dilafazkan.
kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang 
yg dicintai. .


dr : Panduan Islam
 

 LotSofLove Cik Mie ^_^ V
  


cikmiesygmeme

Monday, February 13, 2012

7/2/2012

sori da lame x update terlalu bz . . 

hehe yela lagi bpe mggu je nk abes da praktikal kat Aswara. . huhu 

tarikh kat atas uh tarikh dimana sy dan tercinta satu bersama2 menghabiskan mase bersama HEEHe. .

 tp bukan berdua . .

 kami ngn nenek & atok sy . . 

bwk nenek blik kpg dye kat sungai besar. . sy pon xbpe knal sgt blah nenek yg kat sungai besar ney sbb nenek tiri :) 

berjalan sakan la kiteorg kt sungai besar . . huhu pegi berempat je . . masa Thaipusam lak uh HAHA. .

*
*
*
*

da smpai pon. . 
nenek mule2 pegi pkai bju kurung da nk blik dye tukar 
bju . . haha
panas kot . . HEHE

dan yang kat bwah ney mlm nye pulak :D 
kuar mkn bersama kluarga tcinta ^_^

*
*
*
*
*
 duduk bersebelahan dgn tercinta & K.ani :)

 yg laki depan suami k.ani abg shahrul :)
*pahal muke aku cmtu haha jaat tercinta !!

 terpkse tmbah meja sebab ramai :)
bju biru Mak tercinta & depan uh K.lilin ngn anak dye


pe nth Mak ngh membebel uh . . haha
tercinta mkn byk smpai 2pinggan ! huhu
dan da nk blik sempat ag ;)
tp agak kabur sbb mlm . .AHAH 

kiteorg gerak 2 kete :) 
satu kete perdana n satu lg kete kancil . .
mkn kat sekolah taman dato harun je Char KueTeow :D
okla smpai cini je cerita tuk kali ini
terima ksih merajinkan diri membaca . .

LotSofLove Cik Mie ^_^V






cikmiesygmeme

Wednesday, February 8, 2012


mesti de "stalker"_kwn2 sy :D yg tercari2 blog sy kan . . hehe maaf blog dlm pembikinan aritu . .

tp xsempat bikin pon ,

bz siapkan report , 

pastu bwk nenek & atok blik kpg & kuar makan bersama kluarga Meme. . 

tergendala semua nye . . tp xpe sy happy hehe . .

nnt sy update kan HEHE :)
LotSoflOve Cik Mie ^_^V


cikmiesygmeme

Monday, February 6, 2012

5/2/12

tarikh uh sy ngn tercinta telah kuar tgok wyg cite "AZURA". .not bad cite uh. .
tp xsme lgsung dgn yg lame . .huhu

pape pon ok la . . hoho
then jln2 cri tndas tbe2 !

adoyy beg punye tali putus . . bpe lme lak beg uh da pakai kan . .
beg baru de nk pkai beg lame haaa amek la kne bebel . .

sy terus hilang mood nk jln. .
"jom balik" 
sy bersuara..
"alaa awal lg" . .

"xnk" !!
so kiteorg pon blik. .

tercinta tnye . . syg? nk mkn pe. .

diammm~ haha *merajuk 

last ckp gak. .

nk mkn Pizza Hut -____- 

tp kami blik dulu sbb ari da nk ujan. . 

blik rehat then kul 8 g blik. . hehe
makan kat Pizza hut Subang Parade. .


nmpk x kat citu byk garpu . . haha
konon nk mnje sgt haaa makan satu pinggan ko !

 abe smkn semua . . da smpai kat park mto jam menunjukkan nk dekat kul 10PM, 
tercinta bersuara. .alaaaa terlupe jom masuk blik. .

"lupe pe lak . .? 
*tertanya2 . .
then dye masuk MPH yg da separuh tutup uh. .
sy ikot. . pastu. .

haa nah amek kO ! haha 
 
 
yeahhhhhh!!! nk senyum smpai sok bole HEHE 
gmbira sgt dapat buku diary ney
*
*
*
*
tercinta ckp dye adiahkan hehe. .
thanx syg . .iloveusomuch. .*___*

 nnt kite bce same2 ye syg. .byk ayat2 terindah dlm buku ney :D 

LotSofLove Cik Mie ^_^V 

cikmiesygmeme

thanks ^_^


terima kasih Nadiatul A'in @ NAD :D utk header yg comel ye . . walaupun bz tetap buatkn. .
thanx syg :)





LoTsOfLoVe Cik Mie ^_^V

cikmiesygmeme