Wednesday, July 27, 2011

20 perkara ^_^





*Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik
untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!*

*PERTAMA.*
*
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.*

*KEDUA.*
*
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
pabila usia semakin tua.*

*KETIGA.*
*
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu*

*KEEMPAT.*
*
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.*

*KELIMA.*
*
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.*

*KEENAM.*
*
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.*

*KETUJUH.**
Percayailah cinta pandang pertama.*

*KELAPAN.*
*
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki
apa-apa.*

*KESEMBILAN.*
*
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.*

*KESEPULUH.*
*
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.*

*KESEBELAS.*
*
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.*

*KEDUABELAS.*
*
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.*

*KETIGABELAS.*
*
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"*

*KEEMPATBELAS.*
*
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.*

*KELIMABELAS.*
*
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.*

*KEENAMBELAS.*
*
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.*

*KETUJUHBELAS.*
* Berpeganglah kepada tiga R:*
1. * **Rasa hormat pada diri sendiri;*
2. * **Rasa hormat kepada orang lain;*
3. * **Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda*

*KELAPANBELAS.*
*
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.*

*KESEMBILANBELAS.*
*
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.*

*KEDUAPULUH.*
*
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada
suara yang mereka dengar.*


lotSoFlove CiK Mie ^_^ V



cikmiesygmeme

No comments:

Post a Comment